Jalinan fizikal Jalinan (seni visual)

Tekstur turapan sentuhan yang beralun.

Jalinan fizikal (juga dikenali sebagai jalinan sebenar atau jalinan sentuh) ialah corak variasi pada permukaan pepejal. Ini boleh termasuk -- tetapi tidak terhad kepada -- bulu, kanvas, pasir, kulit, satin, kulit telur atau permukaan licin seperti logam atau kaca.

Jalinan fizikal membezakan dirinya daripada jalinan visual dengan mempunyai kualiti fizikal yang boleh dirasai dengan menyentuh permukaan. Penggunaan jalinan tertentu boleh member kesan terhadap kelicinan yang disampaikan oleh karya seni. Sebagai contoh, penggunaan permukaan kasar boleh menjadi aktif secara visual, manakala permukaan licin boleh menjadi tenang secara visual. Penggunaan kedua-duanya boleh memberikan personaliti kepada reka bentuk, atau digunakan untuk mencipta penekanan, irama, kontras, dan lain-lain.[1]

Cahaya merupakan faktor penting untuk mengenal pasti tekstur fizikal kerana ia boleh mempengaruhi cara sesuatu permukaan dilihat. Lampu yang kuat pada permukaan licin boleh mengaburkan kebolehbacaan lukisan atau gambar, manakala ia boleh mencipta kontras yang kuat dalam permukaan bertekstur tinggi seperti batu sungai, pasir, dsb.